1
'KRING....KRING....KRING....'
Loceng jam telah berbunyi menandakan telah masuk waktu subuh.Kelihatan seorang gadis
yang masih di selubungi selimutnya mula menarik selimut."Chienta........Bangun dah subuh ......" Laung
Puan Eisya dari luar pintu kamar anak daranya itu.Dalam keadaan yang masih mamai,Chienta Ellisa bangun
dan menenyeh-nenyehkan matanya yang masih terpejam itu.Lantas menguap sambil mengeliat kecil.
"Yeargh........." Chienta Ellisa mengeliat sekali lagi.Lantas menurunkan kaki ke bawah dan menjejak ke lantai marmar.Matanya liar mencari sesuatu ,lantas mendapatkan telefon bimbitnya yang berjenama samsung notes ii.10 miscall.....15 mesej dari nama yang amat dia kenali dan amat dia membencinya sekarang ini.....AMMAR HAICARL....
"Chienta.....bangun......" Laung suara itu lagi mengejutkan gadis itu dari menung yang panjang.Lantas gadis itu mencapai tuala yang tergantung di kayu penyidai dan menapak ke arah bilik mandinya.
* * *
"MORNING.......mama.." ujar Chienta Ellisa sambil mengucup pipi ibunya ,Puan Erisya yang sedang leka menuang air minuman ke dalam cawan yang telah dia susunkan di atas meja.Lantas gadis itu mengambil sekeping roti yang telah di sapu dengan jem perisa strawberi."Morning sayang..." ujar ibunya pula.
"Mama,hari ini maybe Chienta lewat kot kena stay back kat ofis,ada banyak kerja yang tak setel lagi...." ujarnya lalu mengunyah roti."0key sayang...."jawab Puan Erisya pula.Tanpa wanita itu sedari ada satu tangan sedang melingkari pinggang rampingnya.Pipi gebunya menerima satu kucupan lembut dari seseorang.
"Morning sayang.." ujar Zikry tersenyum manis.Lantas melabuhkan punggungnya ke atas kerusi bersebelahan dengan Chienta Ellisa."Amboi papa....." ujar Chienta Ellisa sambil mengenyitkan matanya pada Zikry.Manakala Puan Erisya pula tersipu malu." Kan best if dapat boyfriend yang romatik macam papa ni"ujar Chienta Ellisa lagi.
"Roti pa....." ujar gadis itu sambil menghulurkan sekeping roti pada bapanya.Encik Zikry mengambilnya."Thanks sayang..." ujar Zikry tersenyum mesra.
"Chienta,Haicarl lama tak datang ke rumah ? Dia ok ke ? " Soal Zikry.Dan soalan yang keluar dari mulut itu telah mengejutkan Chienta Ellisa.Hampir tersedak di buatnya.Nama itu teramat ingin dia lupai namun di ingatkan semula.
"Aku dah kata , aku tak bohong Chienta....." ujar Sofie Edrina bersungguh-sungguh menyakinkan teman rapatnya itu tentang kecurangan kekasih hatinya,Ammar Haicarl......Sofie Edrina teramat yakin bahawa Ammar Haicarl cuba selingkuh.
Namun,lain pula pada Chienta Ellisa.Dia teragak-agak untuk mencari kebenaran dari cerita itu.Amat mustahil baginya untuk mempercayai.Namun,tatkala melihat kelainan pada sikap Ammar Haicarl ,membuatkan Chienta Ellisa mula meragui kekasihnya itu.Hati gadisnya mula di pagut rasa cemburu.
Sedang dia berfikir-fikir ,Sofie Edrina meraih lengannya lantas membuatkan gadis itu terkejut dari lamunan.Chienta Ellisa merenung tajam pada sahabatnya itu,Sofie Edrina."Kalau kau tak percaya,cuba lihat di sana tu..." ujar Sofie Edrina sambil memuncungkan bibir tebalnya itu.Chienta Ellisa tergamam.Namun matanya masih lagi tertancap pada pasangan yang kelihatan amat intim di meja selang beberapa buah sahaja dari meja mereka di dalam restoran itu.
Sungguh dia tidak menyangka bahawa kekasihnya itu sanggup selingkuh dan menipunya.Sanggup selingkuh pada cinta mereka.Cinta yang telah di bina hampir setahun itu.Airmata tanpa di sedarinya turun setitis demi setitis menuruni pipi yang bersih tanpa sebarang cela itu.Perasaan sebak mula menghantui jiwanya kini.
Mana janji-janji yang telah di meterai dahulu ?
Tidak cukupkah kasih dan sayangnya ?
Tergamak merobohkan kota cinta kita.....????
"Chienta....." ujar Sofie Edrina menyeka airmata di pipi sahabatnya itu.Dia amat memahami akan gelodak di jiwa sahabatnya itu.Entah mengapa tiba-tiba hati Sofie Edrina di serang rasa bersalah.Di cerita salah,tak bercerita pun salah......Sofie Edrina sedikit pun tidak berniat untuk meruntuhkan cinta sahabat baiknya itu.Namun,kerana rasa kasih pada sahabatnya itu,membuatkan dia perlu menegakkan kebenaran.Dia juga tidak sama sekali menyangka Ammar Haicarl sanggup selingkuh.
* * *
"Chienta Ellisa.....!!!!"
"Chienta Ellisa.....!!!!"
Chienta Ellisa terkejut tatkala mendengar suara Zikry sedikit lantang.Kini gadis itu berpijak di bumi yang nyata.Lantas merenung wajah papanya itu dengan seribu persoalan.Mindanya mula berfikir untuk mencari jawapan pada persoalan papanya itu.
"Kenapa soalan papa tadi tak berjawab ????"
"Kenapa Haicarl dah lama tak datang sini ???"
"Korang pun dah jarang keluar ya???" sahut Puan Erisya pula.Satu-satu soalan kian membebankan fikirannya kini.Hati gadisnya kini di landa rasa sebal."Chienta,kenapa ni sayang ??" soal Zikry semula.Zikry perasan akan perubahan pada wajah anaknya itu.
" Korang bergaduh ke ??"
" Dia busy pa....." jawab Chienta Ellisa malas-malas.Roti di tangan di letakkan kembali di atas piring ,entah kenapa tiba-tiba seleranya mati."Okay la mama...papa...Chienta dah lewat ni..." ujar Chienta Ellisa lantas bangun lalu bersalaman dengan kedua orang tua nya itu.
Encik Zikry dan Puan Erisya hanya berpandangan sesama sendiri pabila gadis itu melangkah keluar dari rumah itu.
No comments:
Post a Comment